Saturday 14 January 2012

Mencari Hidayah..da dapat ke belum?

"Siapa saya dahulu?"
-hamba ALLAH yang leka dan lalai-




Pernah tak anda terfikir siapa diri anda setahun yang lalu? 2 tahun yang lalu? 5 tahun yang lalu? 10 tahun yang lalu? Siapakah anda? Orang yang bagaimanakah diri anda? Adakah anda berpuas hati dengan diri anda yang sekarang berbanding dengan diri anda beberapa tahun yang lalu? Apakah perubahan yang telah anda lakukan terhadap diri anda, sama ada perubahan ke arah kebaikan? atau sebaliknya?

Kalau anda pernah terfikir perkara-perkara seperti ini, Alhamdulillah.
kerana anda sedang menghitung kembali perjalanan hidup anda dari dahulu hingga kini.

Saya juga tidak terkecuali daripada memikirkan perkara-perkara seperti ini. Semakin dewasa, rasa semakin banyak perkara yang harus difikirkan. Bila dah melangkah ke alam pengajian tinggi, baru sedar betapa masa muda, masa persekolahan dihabiskan dengan buat perkara yang merepek-repek je. Melakukan perkara-perkara yang membazir masa. Tak semua 24jam, tapi tiga per empat daripadanya YA lah kot. Hehe.. Bukan ke membazir tu amalan syaitan? Astaghfirullah al azim. Tapi takpa, masih belum terlambat untuk melakukan perubahan kepada yang lebih baik. Syukur, Alhamdulillah. Sejak bergelar pelajar IPT, rasa macam diri ini perlu melakukan sesuatu, iaitu melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Hala tuju masa depan Alhamdulillah, da nampak. Cuma perlu belajar untuk dapatkan pointer dan keputusan yang baik, after grad Insya-Allah pekerjaan sudah sedia menanti. Tapi, itu bekalan hidup di dunia. Belajar rajin-rajin untuk hidup kemudian hari. Tapi, bagaimana dengan bekalan untuk kehidupan selepas dunia? Balik-balik fikir macam ni,

‘Bila nak berubah ni? Asyik-asyik kata nanti..nanti..nanti.. Nak tunggu dah tua baru nak berubah ke? Kalau tak sempat berubah macam mana?’

Semua persoalan ni berlegar-legar dalam kepala. Macam-macam lagi persoalan yang kalau fikir 24/7 pun belum tentu dapat jawapan kalau tiada usaha untuk cari jawapan. Fikir, fikir, fikir. Tapi, usaha cari jawapan yang betul tak buat pun. Google? Haha. Memang banyak jawapan kat google tu, tapi semua bole pakai ke? Kan ada hadis Rasulullah kata,

“Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu
berpegang kepadanya, nescaya kamu tidak akan sesat,
iatu Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku.”


See? All we need have been stated above. Al-Quran dan sunnah. Kenapa masih nak ragu-ragu lagi? Cari je jawapan berlandaskan dua pusaka tersebut. Insya-Allah, segalanya telah sedia ada. Tinggal nak bukak dan baca je. Open and Read. As simple as that. Tak perlu nak google segala bagai lagi dah. Kalau nak penerangan sekalipun, cari atau jumpalah mana-mana hamba Allah yang berilmu pengetahuan dalam bab-bab agama ni. Mungkin ada yang akan cakap,

‘Aku mana ada kawan dengan orang agama. Aku macam ni takkan nak kawan dengan diorang. Seganlah.’
‘Alah, leceh la kena jumpa-jumpa dengan diorang ni.’
‘Nanti-nantilah jumpa. Tunggu aku da baik sikit, baru pergi jumpa. Takda lah segan sangat.’

Sayang-sayang sekalian…syaitan tu memang kerja dia sentiasa nak hasut kita. Taknak bagi kita berubah. Memang syaitan tu tak suka, malah benci bila kita nak lakukan kebaikan. Even kalau kita niat nak tolong buang sampah yang kita nampak tepi jalan pun, diorang dah benci dan mula hasut supaya kita biarkan je sampah tu. So, all that we need to do is…FOCUS on the good deeds. Dah banyak sangat pahala ke sampai taknak tambah pahala lagi? Buang sampah dapat pahala apa. Daripada sampah tu merosakkan suasana dan persekitaran kita, lebih baik kita tolong buang. Bukan susah sangat pun. Angkat dan buang. Memangla kadang-kadang perasaan malas tu ada, tapi at least try as best as you can. Bila dah bersih, sedap sikit mata memandang, betul tak? Orang sekeliling yang lalu lalang pun gembira sebab udara nyaman je. Takda bau-bau busuk lagi. Lepas tu, up lagi sikit. Boleh meningkatkan ekonomi negara. Pelancong-pelancong asing datang negara kita pun rasa seronok. Orang-orang Malaysia ni memang pembersih, hehe.. dan yang paling penting, Allah pun suka. Bila Allah suka, nanti Allah bagi kita ganjaran, iaitu pahala. Hah, takkan taknak pahala kot!

Lepas tu, untuk awal-awal nak berubah tu, kena la paksa diri sikit. Fake it till you make it. Bila lama-lama dah terbiasa, takda rasa terpaksa lagi dah. Cari kawan-kawan yang boleh bantu kita, yang boleh bagi semangat kat kita, nasihat kita. Bukan cari kawan-kawan yang pandang rendah pada kita bila kita kata nak berubah. Kawan sangat mempengaruhi kehidupan seharian kita, lagi-lagi kawan yang rapat atau omputih kata best friend, nak lagi up best friend forever, BFF gituuu... Hehe.. Ala, bukan tak boleh nak kawan dengan kawan-kawan kita yang masih tak terbukak hati diorang nak berubah. Cuma kita yang nak berubah ni kena la strict sikit pada diri tu. Tinggal dulu kawan tu, dekatkan diri dengan kawan-kawan yang jauh lebih baik dari segi agamanya, tingkah laku, percakapan, pakaian, ilmunya, pendek kata yang boleh membantu kita istiqamah dalam melakukan perubahan diri. Bila kita da berjaya, nanti kita bole ajak kawan-kawan kita yang lain untuk sama berubah. Kan??? :D

Hidayah itu tak datang selalu tau. Bila dia datang, kita kena la grab cepat-cepat. Kalau kita buat tak kisah je nanti dia pergi tak datang kembali. Kita jugak yang rugi. Bukan senang Allah nak bagi, Dia bagi pada siapa-siapa yang Dia kehendaki je. Exclusive kan?? Bagi sesiapa yang rasa macam Allah tak bagi lagi hidayah pada dia, cuba fikir dan renungkan balik. Betul ke Allah tak bagi?? Adakah anda pasti?? Dan untuk pengetahuan anda...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
“Sebenarnya Allah dah bagi hidayah pada anda. Jika tidak, masakan anda
tergerak hati untuk membaca coretan ini.
Renung-renungkan.”

2 comments:

Anonymous said...

“Sebenarnya Allah dah bagi hidayah pada anda. Jika tidak, masakan anda tergerak hati untuk membaca coretan ini.Renung-renungkan.”

Penutup yang sangat baik..

senyumanikhlas said...

Mohd Alimie : syukran :)