Monday 26 December 2011

Untaian Kata Seindah Bicara






Untuk kita mengenal erti bahagia,

Sesekali kita perlu derita,

Sesekali kita perlu kecewa,

Untuk kita  mengenal erti berjaya,



Sesekali kita perlu menangis,

Sesekali kita perlu terhiris,

Untuk kita mensyukuri nikmat yang diberi,

Untuk kita mengenal diri sendiri,




Ujian yang datang menguji kesabaran,

Perlu keimanan & ketaqwaan,

Sebagai hamba kepada Tuhan,

Kita harus bertahan,




Jalan ke syurga penuh likuannya,

Penuh dugaan & rintangannya,

Hanya yang cekal & tabah,

Pasti akan menemuinya,




Masihkan lagi mahu menghitung,

Setitis mehnahNya,

Jika dibandingkan dengan selaut,

Rahmat & nikmatnya,

Seharusnya kita bersyukur,


Dan berlapang dada,




Itulah tanda kasih sayang ALLAH,

Kerana kita sering terlupa,

Pohonkan doa kepada ALLAH,

Agar kita beroleh keredhaanNya...



P/s : Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur atas kurniaanNya. Segala pahit manis, suka duka kehidupan tidak pernah dihadirkan dengan alasan yang sia-sia. Semua aturan Allah itu sangat indah. Tersangat indah. Jangan ada yang pernah dikesalkan dengan pengalaman-pengalaman yang pernah kita lalui dalam hidup kerana semua itu hanya jalan yang perlu kita tempuh agar kita mengenal erti derita, mengecap nikmat bahagia. 


Perlu diingat, adakalanya kita seperti seorang anak kecil yang hanya mampu melihat tenunan dari bahagian bawah. Tetapi Allah melihat tenunan itu dari bahagian atas yang sangat cantik dengan sulaman yang indah. Akal manusia itu terbatas. Berusahalah untuk menjadi hamba yang tidak cepat merungut dan mengeluh atas ujian kerana yang manis itu tetap akan ada di hujungnya. Keep put our faith in Allah, only then we know how much He loves us!! ^___^ 

Sunday 25 December 2011

IKHLAS ~bahagian I



Ikhlas. Mustahilkah?



"Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan SWT, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja itulah yang diperintahkan kepadaku, dan aku adalah orang yang kali pertama yang berserah diri kepada Allah SWT."  
                                                                                                                              [Al-An'am :162-163]



Ramai antara kita mungkin sering mendengarkan kalimah suci yang satu ini, namun tidak ramai yang mengerti hakikat ikhlas yang sesungguhnya. Benarkah? Ikhlas. Kalimah yang teramat mudah diungkapkan. Namun, adakah semudah memijak semut untuk mengaku diri seorang yang ikhlas? "Saya ikhlas membantumu." "Tidak apa-apa, saya ikhlas melakukannya." "Saya sungguh-sungguh ikhlas." Mudah bukan? Sering, kita dengar. Benarkah ikhlasnya hati seiring dengan kalimah yang dituturkan? Mari, sama-sama kita selusuri hakikat ikhlas sebenar, dalam usaha kita mencontohi tauladan junjungan besar, Nabi Muhammad SAW yang tercinta. InsyaAllah.




Ikhlas pada hakikatnya berupa suatu sifat yang tertanam di dalam hati, yang perlu dilakukan dengan mujahadah yang berterusan. Seseorang tidak akan mencapai sifat ikhlas yang sebenar tanpa mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan ikhlas. Pada zahirnya, ramai orang boleh mengatakan keikhlasan dirinya, namun hanya Allah SWT sahajalah yang benar-benar mengerti hakikat keikhlasan yang dituturkan. Perbuatan-perbuatan lahiriah yang indah dapat dilahirkan dengan hati yang ikhlas, tak tercemar dengan buruknya niat di dalam hati, namun siapakah yang mampu menyelami niat manusia jauh di dasar. Akal manusia amat terbatas, terlalu jauh dibandingkan ilmu Allah. Ibarat setitis air di lautan dalam. Hanya muslim sejati yang akan meletakkan niat hidupnya untuk mendapat redha Allah. Seluruh ucapan dan tindakannya untuk mendapat redha Allah dan kebaikan pahala dariNya.


Kehalusan ikhlas itu..


Dua unsur yang tidak dapat dipisahkan dari sifat ikhlas iaitu niat yang benar untuk mencari keredhaan Allah semata-mata serta amal perbuatan yang menepati sunnah dan syara’. Tanpa dua unsur ini, keikhlasan tidak dapat diterapkan dengan sempurna. Dan perlulah diingat bahawa, hanya amalan yang disertai keikhlasan yang akan diterima oleh Allah. Amalan yang dilakukan dengan niat yang ikhlas tetapi bercanggah dengan syara’ tidak akan diterima, begitu juga sebaliknya. Ibarat seorang tukang kebun yang ingin mengusahakan perkebunan tuannya agar diterima, namun tidak melakukan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan seperti menyiram pokok, menabur baja dan membersihkan kebun sebaliknya hanya duduk berehat-rehat membuang masa.



"Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah."
                                                                                                                                     [An-Nisaa': 125]



Para alim ulama’ bersepakat bahawa menerapkan nilai keikhlasan di dalam diri bukanlah perkara yang mudah. Terlalu banyak halangan untuk bermujahadah dengan sifat ikhlas. Musuh utama bagi sifat ini tidak lain ialah sifat riak yang meresap halus ke dalam jiwa. Penyakit hati lain juga tidak terkecuali seperti gila jawatan dan kedudukan, angkuh, sombong serta sukakan pujian dan sanjungan. Contoh mudah? Terkadang, seseorang sengaja melambat-lambatkan pergerakan di dalam solatnya tatkala ada insan lain yang menghampiri, terkadang juga seseorang yang sedang berqiamullail terdetik di hati, "Aku berjaya bangun untuk solat malamku ketika insan lain lena dibuai mimpi," dan terkadang seseorang yang berjuang di jalan Allah berasa bangga kerana dirinya dilihat sebagai seorang pejuang. Astaghfirullahalaziim...T___T



Marilah kita renungkan kata para alim ulama ini:


Yahya Ibnu Katsir menjelaskan, 
"Belajarlah niat, kerana niat itu lebih sukar, berbanding praktiknya."


Sufyan Tsauri pula mengatakan,
"Tidak ada sesuatu yang lebih sukar yang aku perbaiki, melebihi sukarnya memperbaiki niat dalam diriku, kerana niat dalam diriku selalu berubah-ubah."


Daud at-Thay berkata,
"Aku melihat banyak kebaikan yang dikotori oleh buruknya niat. Maka sertakanlah perbuatan baikmu dengan niat yang baik, jangan kau nodai perbuatan baikmu dengan niat yang tidak baik."


Yusuf Ibnu Asbath menjelaskan,
"Memurnikan keikhlasan dari kerosakannya, lebih berat pelaksanaannya daripada para alim yang telah lama berjihad."


Abdullah Ibnu Mubarak berkata, 
"Banyak amal perbuatan kecil, menjadi besar nilainya (di mata Allah) kerana niatnya, sebaliknya banyak amal perbuatan besar, menjadi kecil, bahkan tidak bererti (di mata Allah) kerana niatnya juga."


Rasulullah mengajarkan kita agar bergaul dan mendekatkan diri dengan para mukhlisin untuk ikhlas dalam setiap amal perbuatan. 


Sabda Baginda,
"Mereka adalah kaum yang tidak akan menyusahkan orang yang berkawan, dan bergaul dengan mereka."  [HR. Bukhari dan Muslim].


 Sabda Baginda lagi,
"Orang mukmin adalah cermin bagi yang lain." [HR. Bukhari].


Seorang penyair menyatakan :
"Jika engkau ingin tahu tentang seseorang, maka tanyalah rakan karibnya. Kerana setiap rakan akan mencontohi rakan terdekatnya."



Bergaullah dan jalinkanlah hubungan dengan orang-orang yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, tulus menyerahkan diri mereka kepada Allah, saling membantu berdasarkan kebaikan dan ketaqwaan, rajin beribadah di masjid, dan sentiasa melaksanakan dakwah dalam kehidupan mereka. Ketaatan yang dilakukan secara berjemaah nescaya akan membantu dan memudahkan jalan menuju Allah berbanding berseorangan yang lebih terdedah kepad maksiat kerana lemahnya hati dan iman.



"Orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain."
                                                                                                                                       [At-Taubah :71]
  


Hakikat keikhlasan hanya mampu digapai oleh orang yang sentiasa mendidik hawa nafsunya untuk menunaikan ketaatan. Nafsu tidak mampu dibunuh mahupun dibuang dari dalam nafsu. Tetapi mampu dididik dengan azam dan keinginan yang kuat. Sesungguhnya Allah berjanji tidak akan menyia-nyiakan hambaNya yang sentiasa berbuat baik dan tulus beribadah kepadaNya. Dia akan melapangkan jalan menujuNya sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :


"Orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama orang-orang yang berbuat baik."
                                                                                                                                    [Al-Ankabuut :69]


Allah turut menjelaskan dalam ayat-ayatNya tentang mereka yang berlaku riak,


"Dan orang-orang yang menafkahkan harta-harta mereka kerana riak kepada manusia, dan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai teman, maka syaitan itu adalah teman yang paling buruk."
                                                                                                                                        [An-Nisaa':38]


"Maka celakalah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dalam solatnya, orang-orang yang riak dan enggan menolong dengan barang berguna."
                                                                                                                                    [Al-Maa'uun :4-7]


Abi Ibnu Ka'ab meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Berikan khabar gembira kepada umat ini, bahawa mereka diberi ketinggian darjat, kemuliaan dengan agama, dan kekuatan di muka bumi ini. Barangsiapa antara mereka yang melakukan pekerjaan akhirat untuk kepentingan dunia, kelak di akhirat, dia sama sekali tidak mendapat apa-apa."  [HR. Ahmad]


Sesungguhnya, memurnikan ketaatan kepada Allah disertai keikhlasan dalam hidup adalah perlu dan penting bagi membolehkan segala amal diterima Allah SWT. Hati perlulah dijernihkan dari segala kepentingan duniawi dengan tidak berharap selain redhaNya.


Fudhail ibnu Iyyadh berkata, 
"Keberuntungan dunia mampu diraih dengan jejak langkah kaki. Sedangkan keberuntungan akhirat hanya mampu diraih dengan gerak hati."


Rasulullah SAW bersabda, 
"Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk tubuhmu dan tidak pula menilai keelokan wajahmu, tetapi Allah melihat (menilai) keikhlasan hatimu." [HR. Muslim]


Baginda juga ada menyebut,
 "Banyak orang yang berambut tidak terurus, berbaju renyuk dan pengemis, sering diusir jika mengetuk pintu (orang). Namun jika mereka melafazkan sumpah, nescaya Allah akan mengabulkan sumpahnya."  [HR. Muslim]


Akhir kalam sebelum coretan ini bersambung ke bahagian II, renungkanlah kata-kata Imam Syafie ini. Buat panduan kamu yang menginginkan agar ikhlas berputik di jiwa, sedarlah bahawa jiwa yang ikhlas itu akan sentiasa berbahagia dan tidak pernah mengeluh atas ujian TuhanNya... =)


Alangkah baiknya jika engkau tetap manis.
Meski hidup itu sendiri adalah pahit.
Dan alangkah baiknya jika engkau rela.
Walaupun manusia penuh dengan kemurkaan.
Alangkah baiknya di antara aku dan engkau tetap terjalin hubungan yang mesra
Walaupun di antara aku dengan seluruh alam telah hancur.
Jika benar-benar dari pihak engkau ada yang jujur,maka segala urusan mudahlah dihadapi.
Sebab tiap-tiap yang ada di antara tanah itu adalah semata-mata tanah belaka.
[Imam Syafie]


Saturday 24 December 2011

Menanti Cinta Hakiki

~ Bismillahirrahmanirrahim ~

Untuk para Adam yang pernah mengecewakan hati perempuan secara sengaja taupun tidak sengaja. Juga kepada perempuan yang telah berjaya bangkit kembali.


Jasad yang kamu pandang itu kini adalah perempuan itu
Seorang perempuan yang dahulunya engkau injak-injak

Seorang perempuan yang dulu hatinya engkau permainkan
Seorang perempuan yang engkau taburi janji namun tidak ditepati

Seorang perempuan yang engkau pandang sebelah mata
Seorang perempuan yang engkau kira hanya bisa dibuat mainan

Seorang perempuan yang pernah engkau kenyit mata
Seorang perempuan yang engkau perlakukan seenaknya

Seorang perempuan yang telah banyak engkau melakukan dosa
Seorang perempuan yang engkau kira tidak bijak

Seorang perempuan yang engkau pernah hancurkan masa depannya
Seorang perempuan yang pernah engkau berikan senyuman palsu

dan

Seorang perempuan yang hakikatnya engkau
belum kenal siapa dirinya yang sebenar!


Engkau mengajak dia melakukan dosa
sedangkan engkau tahu dia perempuan mulia


Engkau menghancurkan dia
sedangkan engkau tahu dia perempuan terhormat


Engkau menyakiti dia
sedangkan engkau tahu dia berhati lembut


Engkau mengotori cintanya
sedangkan engkau tahu cintanya suci


Engkau permainkan hatinya
sedangkan engkau tahu dia perempuan hebat




Sedarlah Adam,


perempuan itu pernah membahagiakanmu
perempuan itu pernah membuatmu tersenyum


perempuan itu pernah berjasa dalam hidupmu
perempuan itu pernah bimbang akan dirimu


Tetapi...
semua itu hanya sia-sia...
kerana ENGKAU!


engkau yang telah menukarkan perempuan hebat itu
menjadi rosak akhlaknya.


SUNGGUH!
Betapa kejamnya dirimu wahai Adam..


Tidakkah engkau sedar akan kekhilafan dirimu???




Engkau lupa..
Allah itu Maha Mengetahui
dan
hanya Dia lah yang menganugerahi
HIDAYAH kepada sesiapa yang dia kehendaki


Perempuan itu..
yang engkau perkotak-katikkan suatu masa dulu
kini tidak sama lagi..


Dia memasang impian tinggi
demi memburu cinta Ilahi..


Tidak perlu engkau sakiti
kerana Allah sentiasa di sisi..


Tidak perlu engkau menyapa
hanya kerana ingin membuatkan dia
mengingatkan insan berdoa seperti kamu..


Tidak perlu engkau memberi senyuman manis kepada dia
kerana tiada lagi dirimu dalam hatinya..


Tidak perlu lagi engkau hubungi
jika niatmu hanya untuk menguji..


Cukuplah sudah!
di hatinya kini hanya ada Dia
pengatur cinta yang hakiki..


Lenyaplah sudah perempuan itu
Lahir kembali sebagai wanita terpuji..


Malah lebih baik dari yang dulu
Berserah hidup pada yang abadi..


Sungguh, dia sangkakan ribut berpanjangan
rupa-rupanya Allah datangkan pelangi..


Jangan pernah engkau samakan perempuan itu dengan wanita kini
Masa merubah segala demi menjaga diri..


Yang pasti
tertulis sudah cinta hakiki..


Hanya perlu menanti.



Tuesday 20 December 2011

Pesanan Kak Long



~Bismillahirrahmanirrahim~

Awal basmalah pembuka bicara,
Buat renungan adik-adik tercinta;
Dengarkan bicara dari Kak Long,
Buat mengisi relung hati yang kosong..

Alhamdulillah, segala puji dipanjatkan kepada Ilahi kerana dibukakan hati untuk mewujudkan blog ini. Tahniah untuk adik kak long! Sebelum itu, izinkan Kak Long sampaikan sesuatu buat tatapan adik-adik Kak Long..


Secebis harapan, semahligai impian
Semua kan terukir, walau hanya terlukis di bibir
Sampaikanlah ilmu, menurut semampumu
Kerana itulah warisan, kekasihNya yang satu
Coretkan setiap bait kata yang terlahir
Agar tidak hanya terlafaz di zahir
Biarkan tulisan itu punya makna
Untuk menjadi tatapan si pembaca
Lukiskan diarimu tulus dari kalbu
Agar ia terus jatuh menusuk sendu
Biarpun bukan madah indah bercahaya
Peliharakan ia dari yang sia-sia
Berharaplah pada redhaNya semata
Bukan redha manusia yang didamba puja
Ikhlaskan hatimu dalam setiap coretan
Kerana itulah yang nanti dinilai oleh Tuhan
Tetapkan niatmu dalam berdakwah
Moga semuanya kan mendapat hidayah

Amiinn..amiinn..ya Robb..







Semoga setiap yang terzahir diniatkan untuk mendapat keredhaan Allah semata.. Salam sayang dari kak long.. =)



Monday 19 December 2011

Berubah itu mudah

~ Bismillahirrahmanirrahim ~

Jika ingin berubah menjadi baik, maka bergaullah dengan mereka yang baik. Berdoalah dan berusahalah mendampingi mereka yang baik. Carilah dan bacalah tentang perkara yang baik-baik. Ucapkanlah perkara yang baik. Pandanglah pada kebaikan. Dan lupakanlah setiap kebaikan yang telah anda lakukan.

Setiap langkahmu ke arah kebaikan pasti tidak akan mengecewakan. Insyaallah :)

Change for good isn't a crime, right?


Sunday 18 December 2011

Starting Over Again

~ Bismillahirrahmanirrahim ~



- turning over a new leaf. enough said :) SMILE (: