Monday 26 December 2011

Untaian Kata Seindah Bicara






Untuk kita mengenal erti bahagia,

Sesekali kita perlu derita,

Sesekali kita perlu kecewa,

Untuk kita  mengenal erti berjaya,



Sesekali kita perlu menangis,

Sesekali kita perlu terhiris,

Untuk kita mensyukuri nikmat yang diberi,

Untuk kita mengenal diri sendiri,




Ujian yang datang menguji kesabaran,

Perlu keimanan & ketaqwaan,

Sebagai hamba kepada Tuhan,

Kita harus bertahan,




Jalan ke syurga penuh likuannya,

Penuh dugaan & rintangannya,

Hanya yang cekal & tabah,

Pasti akan menemuinya,




Masihkan lagi mahu menghitung,

Setitis mehnahNya,

Jika dibandingkan dengan selaut,

Rahmat & nikmatnya,

Seharusnya kita bersyukur,


Dan berlapang dada,




Itulah tanda kasih sayang ALLAH,

Kerana kita sering terlupa,

Pohonkan doa kepada ALLAH,

Agar kita beroleh keredhaanNya...



P/s : Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur atas kurniaanNya. Segala pahit manis, suka duka kehidupan tidak pernah dihadirkan dengan alasan yang sia-sia. Semua aturan Allah itu sangat indah. Tersangat indah. Jangan ada yang pernah dikesalkan dengan pengalaman-pengalaman yang pernah kita lalui dalam hidup kerana semua itu hanya jalan yang perlu kita tempuh agar kita mengenal erti derita, mengecap nikmat bahagia. 


Perlu diingat, adakalanya kita seperti seorang anak kecil yang hanya mampu melihat tenunan dari bahagian bawah. Tetapi Allah melihat tenunan itu dari bahagian atas yang sangat cantik dengan sulaman yang indah. Akal manusia itu terbatas. Berusahalah untuk menjadi hamba yang tidak cepat merungut dan mengeluh atas ujian kerana yang manis itu tetap akan ada di hujungnya. Keep put our faith in Allah, only then we know how much He loves us!! ^___^ 

No comments: